Vandalisme
~ Pembangkang Teruskan Amalan Tidak Bermoral???TELUK INTAN - Calon
Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk
Mah Siew Keong melahirkan rasa dukacita apabila ada segelintir pihak
melakukan perbuatan vandalisme dengan merosakkan poster atau bahan kempen pada pilihan raya kali ini.
Mah Siew Keong berkata, bukan sahaja bahan kempen seperti poster
dirosakkan malah di laman sosial media juga pihak tidak bertanggungjawab
ini mengambil kesempatan terhadap diri saya dengan menindih gambar di
tempat saya tidak berada.
"Semalam saya telah melawat beberapa
kawasan di Changkat Jong dan saya merasa amat berduka cita kerana banyak
poster dirosakkan. Perkara ini juga berlaku di Pasar Teluk Intan
apabila muka saya di cat berwarna hitam.
"Pada hari pertama
saya sudah beritahu bahawa kita hendak satu pilihan raya yang bersih
bukan seperti ini. Di dalam sosial media juga mereka mengubah gambar
saya pada tempat-tempat dimana saya tidak pernah pergi. Saya juga
menerima sms dengan fakta dan kritikan tidak betul," katanya kepada
pemberita di Dataran Menara Condong, di sini, hari ini.
Tambah beliau, ini merupakan satu budaya yang tidak sihat bagi kedua-dua belah pihak dan akan memalukan kawasan Teluk Intan.
"Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan menunjukkan
budaya yang tidak elok. Perkara ini juga boleh menyebabkan kedua-dua
belah pihak akan sering membalas perkara seperti ini. Ini memalukan
Teluk Intan.
"Kita tidak mahu sebarang masalah timbul diantara
kedua-dua belah pihak. Sebelum ini sepanjang berlangsungnya pilihan raya
di Teluk Intan tiada masalah tapi mengapa kali ini perkara seperti ini
mesti berlaku," katanya.
Beliau juga berharap perkara seperti
ini perlu dihentikan dengan segara dan satu laporan polis juga akan
dilakukan berhubung dengan perkara ini.
"Saya merayu agar semua
ini dihentikan. Bagi pengundi buatlah satu pengundian secara rasional
bagi memilih parti yang dapat menolong serta membela nasib mereka.
"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan kita akan memberitahu
polis, biar polis yang melakukan siatasan dengan perkara ini. Bagi saya
ini bukan perkara besar cuma saya tidak mahu melihat pertelagahan
diantara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan satu perkara yang tidak
diingini berlaku,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan