Khamis, 12 Februari 2015

Rabu, 28 Mei 2014

AL-FATIHAH - DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak - MANGKAT




TURUT BERDUKA CITA

Al-Fatihah....... dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. amin


Sekian.
28hb Mei,2014
1.38pm
from Perak MB's press office.

Tony Pua hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara telah merampas mikrofon













1.Dyana Sofya sekali lagi terbukti apabila gagap menjawab soalan biasa dari wartawan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Banyak jawapannya yang di anggap salah oleh DAP, lalu di perbetulkan oleh Tony Pua DAP melalui bisikin di telinga Dyana Sofya UiTM.

2.Setelah berkali kali gagap dan menjawab secara salah dengan apa yang jawapan DAP mahukan, akhirnya Tony Pua hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara telah merampas mikrofon dan tidak beri peluang kepada Dyana Sofya UiTM untuk menjawab sebarang soalan.

3.Soalan-soalan yang ditujukan kepada Dyana Sofya UiTM bukanlah berbentuk provokasi, tetapi ianya hanyalah soalan soalan biasa yang di tujukan bukan dengan niat menghentam Dyana Sofya UiTM. Walaupun ianya hanyalah soalan biasa, tetapi Dyana Sofya UiTM graduan undang undang tampak tidak boleh berhadapan dengan walau apa jua soalan.

4.Press conference Dyana Sofya akhirnya nampak seakan press conference Tony Pua DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara pula.

5.Kita boleh lihat adakah calon Melayu UiTM ini sekadar barua atau boneka. Jom ramai ramai kita CLICK SHARE kepada semua sahabat kawan, semoga video ini tersebar kepada orang Teluk Intan. Jatuhkan rejim DAP Komunis Lim anak beranak.

GADIS AYU tamparan RAKYAT TEMPATAN

WAHAI ORANG TELUK INTAN BAWAK BALIK POSTER SI AYU GEDIK



Assalamualaikum warahmatullahitaala hi wabarakatoh, walahmdullillahi rabill alamin hi wassalamuala Asrafil ambia irwalmursalim..... Semalam teman terserempak jumpa dengan yop pagor kat teluk intan... ada yop..., apa miker buat kat sini. amboi panjang benor selawat miker ni? ngape pulak yop tegor teman kat yop pagor yg dari jauh bukan main kuat suaranya menegur... bukan main lagi nyerogeng (senyum sampai nampak gigi dan ruang yang tak bergigi..) 

Ater miker jer ker yg nak jumpa minah gedek tu ker? ishhh miker yop jangan buat malu orang perak yop, jangan ngater orang macam tu yop, semua pak lebai kata dia cantik, itulah yang nak bagi bela nasib rakyat Teluk Intan tu nanti jawab teman lagi... ater miker nak ke umrah ker? Alhamdullillah yop tegor teman... 

Idak ler yop kata yop pagor... teman bukan pandai mana... tak kan ler hai apa khabor jer? tak kan mak pak dia tak ngajor... lupa atau gugup tu... ater  udah orang PAS... lebai dema pun dah nyorok ke dalam kocek (poket)... bior teman teman jer ngajornya (ajar) hehehe... teman tengah nunggu kalau mau dia nyokong hudud ker mana tau... atau tak pun nak makai tudung boleh ler teman nunjuk bakai jodoh


Rupanya yop pagor datang jumpa kengkawan lama sambil makan di medan udang bakor... lama jugak berborak dan paling syok bila dia kata kat kampung banyak yg mintak dia bawak balik gambor adik manis tu.... jadi kalau korang jumpa POSTER dia pakat ambik bawak balik... bukan senang nak jumpa dia... galmour kata dema... 

sempat teman negor dia bila nak balik... yop miker nak buat apa nipu mak miker nunjuk calon menantu... ater koemer berebut orang nya satu mana gayernya yop sebelum teman nak balik... bukan nak buat calon bini tapi nak tunjuk orang kampung muka nie esok kalau komunis berkuasa... jangan jadi barua gadai agama bangsa dan tanah air kat komunis, komer tak tau ker kisah Samsiah Pakeh... hehehe hebat yop pagor... hehehe rabun mata ker dema nak cerita pasai cantik nie... 

VANDALISME - RAKYAT TEMPATAN ATAU ORANG LUAR PUNYA ANGKARA

 
Vandalisme ~ Pembangkang Teruskan Amalan Tidak Bermoral???TELUK INTAN - Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong melahirkan rasa dukacita apabila ada segelintir pihak melakukan perbuatan vandalisme dengan merosakkan poster atau bahan kempen pada pilihan raya kali ini.


Mah Siew Keong berkata, bukan sahaja bahan kempen seperti poster dirosakkan malah di laman sosial media juga pihak tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan terhadap diri saya dengan menindih gambar di tempat saya tidak berada.


"Semalam saya telah melawat beberapa kawasan di Changkat Jong dan saya merasa amat berduka cita kerana banyak poster dirosakkan. Perkara ini juga berlaku di Pasar Teluk Intan apabila muka saya di cat berwarna hitam.


"Pada hari pertama saya sudah beritahu bahawa kita hendak satu pilihan raya yang bersih bukan seperti ini. Di dalam sosial media juga mereka mengubah gambar saya pada tempat-tempat dimana saya tidak pernah pergi. Saya juga menerima sms dengan fakta dan kritikan tidak betul," katanya kepada pemberita di Dataran Menara Condong, di sini, hari ini.


Tambah beliau, ini merupakan satu budaya yang tidak sihat bagi kedua-dua belah pihak dan akan memalukan kawasan Teluk Intan.


"Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan menunjukkan budaya yang tidak elok. Perkara ini juga boleh menyebabkan kedua-dua belah pihak akan sering membalas perkara seperti ini. Ini memalukan Teluk Intan.


"Kita tidak mahu sebarang masalah timbul diantara kedua-dua belah pihak. Sebelum ini sepanjang berlangsungnya pilihan raya di Teluk Intan tiada masalah tapi mengapa kali ini perkara seperti ini mesti berlaku," katanya.


Beliau juga berharap perkara seperti ini perlu dihentikan dengan segara dan satu laporan polis juga akan dilakukan berhubung dengan perkara ini.


"Saya merayu agar semua ini dihentikan. Bagi pengundi buatlah satu pengundian secara rasional bagi memilih parti yang dapat menolong serta membela nasib mereka.


"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan kita akan memberitahu polis, biar polis yang melakukan siatasan dengan perkara ini. Bagi saya ini bukan perkara besar cuma saya tidak mahu melihat pertelagahan diantara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan satu perkara yang tidak diingini berlaku,"